Monday 11 February 2019

RIGID ANGLER aka Pemancing Tegar : Perjalanan Seorang Pemancing 2

                              Pose di jeti MUKUT Pulau Pemanggil (control hensem la konon)

Assalamualaikum....
 
    Bersambung kembali dalam kisah Perjalanan Seorang Pemamcing (episode 2).. Post yang lepas berakhir kat cerita KELONG KADIR Sempang Pantai Merlimau Melaka.. Itulah kelong yg pertama aku naik.. Aku suka naik kelong pasal kelong tak perlu modal banyak.. lagi best kalau gi ngan kengkawan. Kita ton-tong ramai-ramai untuk duit kelong, umpan dan makanan. Sudah tentu kelong yang selesa dan potensi hasil yang memuaskan menjadi pilihan. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih, tempat teduh/tidur dan toilet akan menambahkan minat untuk pemancing kembali ke kelong. Bagi aku.. kat Melaka ni la... kelong favorite aku adalag KELONG ABU (Pantai Siring, Merlimau)..
    KELONG ABU tetap tersenarai dalam option bila kami buat plan activity memancing. Sebab?.. Kelong ni belum pernah mengumpawkan kami.. (paling tak pun layan gelama dan duri laa..). Mungkin juga kerana pekej yang berpatutan dan kemudahan kelong yang selesa.
 

Wednesday 24 September 2014

RIGID ANGLER aka Pemancing Tegar : Perjalanan Seorang Pemancing...

Bila dikenang kembali... bagaimana la aku buleh terjebak dalam alam pemancing nih..
Bapak aku memang tak suka aku memancing.. Memancing ni membazir katanya.. bazir duit, bazir masa dan macam-macam lah bazirnya.. Tapi kalau tanya pasal mesin mancing tau aje dia.. Abu Garcia lah.. Shimano lah.. Terkadang aku pelik nengok bapak aku ni..
  Seingat aku.. masa sekolah rendah aku dah stat mancing.. kat kolam tilapia bapak aku la.. mak suruh mancing buat lauk.. pakai batang jambu dan umpan cacing je la.. Tapi paling syok bila bapak aku kering kan kolam utk jual ikan... puihh.. bergelumang dalam lumpur kolam..hehehehe..
Satu lagi pasang tajur kat parit.. dulu masa berkebun kat Tanah rezab felda, parit dia siap boleh mandi.. kami 3 beradik siap naik batang pisang dalam parit tu.. la ni air paras buku lali je.
  Bila skolah menengah kat Munshi Abdullah & STM perkataan mancing tak timbul.. Dalam memori aku ni tak de langsung babak-babak mancing. Masa tu duk sibuk layan underground scene.. Melepak kat Fajar dan MP.. sanggup jalan kaki dari bustand..hihiihihi.. Belajau kat Poli PD pun takde memori memancing nih.. walaupun ada gak classmate yg hantu mancing.. memori yang ada pun adalah mencari ketam bila air surut.. itu pun pasal nak meng"adjust" cucu nenek rumah sewa aku tu...
Huh.. kalau aku tau hebatnya nikmat memancing mase tu.. abih satu PD aku jelajah.. Skarang ni nak pegi PD pun rasa jauh jer..
  Bila dah kawin baru la alam memancing ni datang.. adik ipar.. biras dan bebudak kampong ramai yg pemancing.. selalu gak ikut-ikut mancing kat kolam Asahan mengendap toman dan sebarau..
Memula terjebak mancing ngan ipar duai kat Machap.. Kat taman rekreasi Macap tu lah.. Sekarang air pun dah kering.. Then aku mula beli set joran untuk mancing kat Durian Tunggal... alah apa nama tempat tu... aaa.. Tasik Pesona (abang Hasan). Kat bawah ni gambau nyer. Kat sini layan keli jer.. besar besar lengan gak la.. guna umpan cengkerik..

 


 

 


   Then upgrade gi pantai... huhuhu.. belajar surfcast.. macam2 hal batu berkepok kelaut.. jari melelas. Memula gi pantai ngan ipar duai gak.. Main objective berkelah kat pantai Tanjung Bidara.. Aku siap pinjam member punya set joran 10kaki la.. hasilnya.. Kerapu siott.. berminyak mulut aku.. dah mula la mengenali laut!!..
 

   Bila dah dapat kerapu.. dok bercerita lah.. berita sampai ketelinga-telinga pemancing di kilang. Maka berlawan-lawan lah cerita ikan-ikan yang besar.. lubuk-lubuk yg hebat.. kelong-kelong yg bagus... apa?? KELONG??.. dah mengaruk nak naik kelong pulak.. Maka bermulalah mengumpul pemancing untuk trip ke kelong.. 1st kelong yg aku gi adalah.. KELONG KADIR Sempang Pantai.. hehehe... lama dah tak pegi kelong ni..
 

 




Memula gi ngan bebudak kampong Asahan dan Ipar duai.. Masrol, Dak Abang, Hashim.. tak silap bulan April 2011... adalah dapat tuka 3 ekor.. Mase tu happi sangat lah.. Then trip kedua bersama rakan kilang.. hehehe.. bulan 12 2011.. Abu Zahar, Adam, Dak Abang, Ijat dan Ijal..
 

 

Disini lah bermulanya kumpulan pemancing-pemancing tegar.. berbula dari parit parit.. kolam-kolam..tasik.. then upgrade ke pantai..then ke kelong pulak..
  
OKlah... cukup sampai sini dulu.. lepasni aku cerita lagi perjalanan Pemancing Tegar a.k.a Rigid Angler.. activity boating di Sungai Linggi... Laut Pulau Pemanggil.. dan macam-macam lagi..Tapi KELONG tetap juga dihati...

  Kita jumpa di post yang akan dating..

Tuesday 23 September 2014

Menjengah Kelong Abu Pantai Siring


Menjengah kelong Abu at Pantai Siring Merlimau
Bila la nak menyembat kat pulau ni lagi..
Tangan dah menggigil nak menyembat nih..