Monday 11 February 2019

RIGID ANGLER aka Pemancing Tegar : Perjalanan Seorang Pemancing 2

                              Pose di jeti MUKUT Pulau Pemanggil (control hensem la konon)

Assalamualaikum....
 
    Bersambung kembali dalam kisah Perjalanan Seorang Pemamcing (episode 2).. Post yang lepas berakhir kat cerita KELONG KADIR Sempang Pantai Merlimau Melaka.. Itulah kelong yg pertama aku naik.. Aku suka naik kelong pasal kelong tak perlu modal banyak.. lagi best kalau gi ngan kengkawan. Kita ton-tong ramai-ramai untuk duit kelong, umpan dan makanan. Sudah tentu kelong yang selesa dan potensi hasil yang memuaskan menjadi pilihan. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih, tempat teduh/tidur dan toilet akan menambahkan minat untuk pemancing kembali ke kelong. Bagi aku.. kat Melaka ni la... kelong favorite aku adalag KELONG ABU (Pantai Siring, Merlimau)..
    KELONG ABU tetap tersenarai dalam option bila kami buat plan activity memancing. Sebab?.. Kelong ni belum pernah mengumpawkan kami.. (paling tak pun layan gelama dan duri laa..). Mungkin juga kerana pekej yang berpatutan dan kemudahan kelong yang selesa.